Custom Album Design

Panduan untuk membuat pesanan
Custom Wedding Album

1. Create 12 folder dan namakan folder-folder itu seperti ini:
a) Design 1
b) Design 2
c) Design 3
d) Design 4
e) Design 5
f) Design 6
g) Design 7
h) Design 8
i) Design 9
j) Design 10
k) Design 11
l) Kulit

2. Dalam setiap folder “Design 1” hingga “Design 11”, pilih 7 keping gambar terbaik mengikut 'susunan' majlis perkahwinan anda seperti contoh dari mekap, berinai hinggalah outdoor (jika ada) dan masukkan 7 keping gambar ini ke dalam setiap folder. Setiap “Design” ini adalah 2 mukasurat. Ini bermakna anda perlu memilih 70 keping gambar dari keseluruhan majlis tersebut. Gambar-gambar ini mestilah ORIGINAL dan tidak di edit. Kami akan mengedit mengikut kesesuaian majlis dan gambar anda. Tambahan – jika anda ada apa-apa ayat-ayat untuk ditulis dalam mana-mana mukasurat “Design” ini, sila buatkan 1 text file dalam setiap folder dan tuliskan ayat yang hendak dimasukkan. Jika ada sebarang arahan atau permintaan, nyatakan sekali dalam text file setiap folder ini.

3. Bagi folder “Kulit” pilih 4 keping gambar terbaik. Sebaiknya berlainan dari gambar-gambar dalam folder “Design 1” hingga “Design 11” tadi. Buatkan 1 text file dalam folder ini dan tulis nama pengantin, lokasi serta tarikh atau apa-apa ayat yang anda ingin kami tuliskan dalam text file ini.

4. Attach kesemua folder ke dalam email dan emailkan kepada:

5. Anda juga boleh menghantar CD yang mengandungi kesemua folder seperti di atas kepada kami.

6. Sila sertakan nama, alamat, no HP di dalam email atau CD anda. Kami akan hanya membuat perubahan SEKALI SAHAJA untuk kepentingan bersama. Atas sebab ini, sila pilih gambar-gambar yang benar-benar bermutu sahaja dalam semua folder.

7. Saiz artwork adalah berdasarkan pilihan pelanggan. (cth: 8x10, 10x12, 12x12 dll.)

8. Harga keseluruhan adalah RM200.00 untuk artwork sahaja.

9. Semua bayaran adalah TUNAI dan kami akan mula membuat artwork sebaik saja BAYARAN PENUH diterima. Atas pengalaman lalu, kami terpaksa membuat syarat ini untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

10. Kami hanya menerima 5 hingga 7 pesanan sahaja setiap bulan untuk mengelakkan kelewatan menyiapkan pesanan anda. Jika melebihi kuota ini, pesanan anda dimasukkan dalam bulan hadapan.

1 comment:

  1. Saya akan berhubung dgn anda kerana saya ingin membuka kiosk wedding photography kalau sudi saya datang ke KJL dan belajar sedikit dan nanti album2 itu saya beli terus daris dra serat artwork sdra juga yg buat... kalaus etuju pastikan untung sama untung....

    ReplyDelete